Terma & Syarat



Pihak kami akan membekalkan set lauk pauk yang terdiri dari 4 jenis mengikut hari.

Cara kami beroperasi


  • Semua  lauk-pauk ini akan dimasak pada hari penghantaran.
  • Semua ikan akan diambil terus dari nelayan supaya mengekalkan kesegarannya dari pencemaran bahan pengawit yang kebanyakan ikan dipasaran adalah ikan yang telah diawit. Pembelian ayam, pihak kami membeli  di kedai yang kami telah  memerhatikan cara penyembelihannya, serta tidak ada pekerja yang meragukan kami tentang keislamannya.
  • Pihak kami akan mengambil tempahan dua hari(2) sebelum penghantaran. Semua tempahan perlu dihantar melalui whatsapp Setiap hari menu berlainan yang mana anda perlu melihat dari  laman web(blog) atau pengumuman melalui whatsapp.
  • Bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya sebelum pukul 8 malam dua hari sebelum penghantaran. 


http://www.maybank2u.com.my

No akaun Maybank 564717512619


Contoh :-  Tempahan ingin dibuat pada hari rabu anda perlu bankin duit pada selewat lewatnya pukul 8 malam hari Isnin. Bayaran yang telah dibuat hendaklah dibuktikan melalui  pengambilan gambar bank in slip ke whatsapp atau email kepada  makanansuci4u@gmail.com
  • Setiap tempahan yang dibuat hanya boleh ditarik balik sebelum  pukul 10 pagi hari esoknya. Semua bayaran refund akan dipulangkan selewat-lewatnya  (3) tiga hari bekerja melalui pindahan secara online.
  • Lauk yang ditempah telah dibayar namun  gagal diambil dianggap telah terjual, pihak kami tidak akan memulangkan duit dan mengganti pada hari esoknya.
  • Semua lauk yang akan dihantar kepada pembeli akan dimasukkan kedalam bekas mangkuk tingkat yang diperbuat dari stainless steel.
  • Pihak kami akan memasukkan lauk ini kedalam 4 bekas mangkuk tingkat yang rapi penutupnya supaya ia tidak mudah rosak atau, yang mempunyai kuah tidak tumpah kuahnya.
  • Semua mangkuk tingkat ini akan dibawa oleh pembeli kerumah masing-masing dan perlu dipulangkan pada keesokan harinya setelah dicuci bersih.(perlulah dilap sampai kering supaya mangkuk tingkat itu bersih dan sekiranya air itu kering dalam mangkuk tingkat kerana ia tidak dilap dengan sempurna akan menyebabkan mangkuk tingkat ini akan rosak kerana tompokan air yang kering dimangkuk tingkat akan menghodohkan mangkuk tingkat.)
  • Semua pihak yang ingin membeli lauk pauk yang dibekalkan oleh pihak kami perlulah membayar wang RM30 sebagai bayaran sewa pakai mangkuk tingkat Nilai rm 30 itu adalah sewa pakai mangkuk tingkat untuk tempoh selama tiga tahun.Jika tuan/puan hanya melanggan kurang dari setahun kami memulangkan sebahagian dari wang sewa pakai tersebut bernilai rm 15.

Semua jualan ini hanya untuk orang muslim sahaja kerana pihak kami amat menitik beratkan kesucian makanan kami serta bekas makanan kami.

Kami ingin melahirkan generasi yang baik pekertinya melalui penjualan makanan yang suci dan bersih. Kami percaya makanan yang dimakan membentuk peribadi pemakan.Anak anak yang dibesarkan melalui makanan yang suci serta sumber pendapatan yang bersih pasti membentuk pekerti yang mulia.

Sekian, Terima Kasih.

Motto perniagaan kami “MAKANAN  YANG SUCI MELAHIRKAN  PEKERTI  MULIA”

“Selamat Menjamu Selera”